Yayasan Tuan Sarifah pada mulanya ditubuhkan tanpa daftar sejak tahun 2005 (namun kini telah berdaftar sepenuhnya) di atas matlamat untuk melaksanakan dakwah dan kerja amal kepada masyarakat khususnya umat Islam di negara ini. Sesuai dengan misi serta visi penubuhannya, sejak 14 tahun yang lalu, Yayasan Tuan Sarifah telah pun menjalankan pelbagai aktiviti dakwah dan amal kepada golongan sasaran serta asnaf.
Menjadi Sebuah Yayasan Dakwah dan Amal Yang Lebih Progresif dan Berkesan.
Simbol ini mewakili insan. Pengulangan simbol ini membentuk bulatan melambangkan ummah dan masyarakat. Ini memberi maksud Yayasan ini berperanan memberi manfaat kepada masyarakat.
Corak ini diilhamkan daripada bentuk Bunga Tanjung. Bunga kesukaan Allahyarhamah Tuan Sarifah. Ia melambangkan keindahan dan kelembutan terutama dalam gerak kerja dakwah dan amal.
Corak bintang yang terbentuk di dalam bunga melambangkan kesucian Islam.